Thursday, December 31, 2009

Monday, December 28, 2009

HANYA PADA MU...

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

Sunday, December 27, 2009

rahsia pelajar cemerlang

1. Matlamat dan Sasaran
Harus ada matlamat @ ssrn.Perlu tahu utk aper kiter belajar..

2. Percaya
tidak ragu dengan kemampuan diri sendiri.dan sanggup berkorban untuk berjaya..

3. Tumpuan
setiap perkara yang dilakukan.tumpuan penting ketika dlm kelas dan waktu mengulang kaji pelajaran..

4. Perancangan
yang teratur untuk memanfaatkan mase yang ader..Ada jadual yang berkesan dan mampu
memantau tahap penguakuasaan pelajaran kiter

5. Strategi Belajar
Pelajar berjaya mempunyai strategi yang berkesan dan teknik belajar yang mantap.

6. Menjaga masa
Tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Ada jadual harian dan jadual belajar

7. Pergaulan
Berbaik2 dgn sume orang (ada batasan).Hanya mempunyai bbrp orang rakan karib yang berkongsi
matlamat yang sama dan membantu antara 1 sama lain..

8. Pemantauan
Sentiasa memantau prestasi akademik. Membuat post-mortem ke atas diri sendiri bgi klmhn yang
ada.

9. Istiqamah
Kalau hari ini menjawab sebanyak 50 soalan esok mest jawab 50 @ lebih. ini membentuk tabiat dan
tabiat membentuk peribadi.

10. Presistent
Tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak mampu menyelesaikan masalah @ soalan
yang susah dan mencabar diri.

11. Sanggup berkorban
Remaja sumernya sukakan hiburan dan ksrnkkan...ttpi pljr cemerlang mengekang perasaan mrk drpd
berhibur dan berseronok...merk bljr lbh lama dan bersggh2..jua tidak terlibat dengan mana2 cinta
monyet yg melalaikan.

12. Agama nombor satu
Faham hakikat hidup ini satu ibadah...sedar akan kepentingan keberkatan dan restu dri guru2 dan
ibu bapa..menitik brtkan ibadah dan menjadikan doa sebagai senjata utama disamping berusaha...

Friday, December 25, 2009

petunjuk......

hai,

dah lama tak up date kn blog ni.....kelmarin keputusan pmr kuar.... alhamdulillah aq dapat 7A 1B..... walaupun x dpt straight A aq tetap bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah kpd hambanya ini... actually target nya dapat 6A jer sbb masa jwb paper 2 science rasa x yakin dpt A... Rasa seronok sngt sbb aq dpt saing dgn sepupu aq.... kitaorg dpt sama... dia dapat 7A aq pun dapat 7A... TAPI.... nnt masa SPM aq nk atasi dia...(WAH!! semangat nya)...

nk citer pasal mimpi sebelum keputusan kuar..... aq mimpi mcm nie......

masa 2 aq n my geng dtg sekolah nk ambik keputusan dh ambik slip kptsn 2 g surau... bukak kat surau n tengok result nya... aq tengok kat slip aq tu aq dpt 7A 1B... lps tu aq nangis sbb tak caya.. bila tengok balik... aq nmpk science aq yg ada tercetak A bertukar jadi B.... kelakarkan... mimpi 2 mungkin petunjuk yg Allah bagi tapi samar-samar jer......

dgn berakhirnya tahun 2009... maka azam baru akan tercipta jugak..... Azam baru aku tahun depan aku nk cuba sedaya upaya nk jadi orang yg soleh dan sentiasa taat pada perintah Allah...
lepas tu mungkin nk kurang kn mkn ckit...coz nk kurus... lps 2 nk jadi seorang pelajar yg berjimat cermat.... dan yg last sekali nk jadi pelajar yang berwawasan tinggi....

Buat teman2 walaupun skrang kita duduk berjauhan tetapi kita sentiasa dekat di hati.....
n yg plng penting tingkatkn amalan kuat kan keimanan.....

bye..bye...

Sunday, December 13, 2009

Seorang wanita
Umpama sekuntum bunga ditaman
harum mewangi
Segar menyeri ke pelusuk dunia

Lembut wanita kerana tutur katanya
Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana setianya
Lemah wanita kerana air matanya
Dendam wanita kerana cemburunya
Sabar wanita kerana imannya
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya
Kasih wanita kerana belaiannya
Sayang wanita kerana cintanya

Tanpa wanita lelaki lemah
Kerana wanita lelaki kalah
Hati wanita umpama kaca
Bila terhempas berkecailah ia
lelaki menyifatkan wanita ini terlalu lemah
lemah sehingga sering kali mengalirkan air mata
tapi sedarkah kamu wahai kaum adam
Air matamu juakan mengalir satu hari nanti kerana....
Hanya kerana seorang wanita....
Hebatnya cinta seorang wanita
Sehingga mampu mengalirkan air mata seorang priya
Tak percaya???
Tapi, inilah hakikatnya
Oleh itu.
Hargailah dan jagalah hati......
Seorang wanita....


Nota ini aku tulis bukan untuk menyatakan luahan hati aku dan x de kena mengena dgn org yg hidup atu pun yg dah meninggal...
just for fun...