Thursday, December 31, 2009

Monday, December 28, 2009

HANYA PADA MU...

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

Sunday, December 27, 2009

rahsia pelajar cemerlang

1. Matlamat dan Sasaran
Harus ada matlamat @ ssrn.Perlu tahu utk aper kiter belajar..

2. Percaya
tidak ragu dengan kemampuan diri sendiri.dan sanggup berkorban untuk berjaya..

3. Tumpuan
setiap perkara yang dilakukan.tumpuan penting ketika dlm kelas dan waktu mengulang kaji pelajaran..

4. Perancangan
yang teratur untuk memanfaatkan mase yang ader..Ada jadual yang berkesan dan mampu
memantau tahap penguakuasaan pelajaran kiter

5. Strategi Belajar
Pelajar berjaya mempunyai strategi yang berkesan dan teknik belajar yang mantap.

6. Menjaga masa
Tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Ada jadual harian dan jadual belajar

7. Pergaulan
Berbaik2 dgn sume orang (ada batasan).Hanya mempunyai bbrp orang rakan karib yang berkongsi
matlamat yang sama dan membantu antara 1 sama lain..

8. Pemantauan
Sentiasa memantau prestasi akademik. Membuat post-mortem ke atas diri sendiri bgi klmhn yang
ada.

9. Istiqamah
Kalau hari ini menjawab sebanyak 50 soalan esok mest jawab 50 @ lebih. ini membentuk tabiat dan
tabiat membentuk peribadi.

10. Presistent
Tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak mampu menyelesaikan masalah @ soalan
yang susah dan mencabar diri.

11. Sanggup berkorban
Remaja sumernya sukakan hiburan dan ksrnkkan...ttpi pljr cemerlang mengekang perasaan mrk drpd
berhibur dan berseronok...merk bljr lbh lama dan bersggh2..jua tidak terlibat dengan mana2 cinta
monyet yg melalaikan.

12. Agama nombor satu
Faham hakikat hidup ini satu ibadah...sedar akan kepentingan keberkatan dan restu dri guru2 dan
ibu bapa..menitik brtkan ibadah dan menjadikan doa sebagai senjata utama disamping berusaha...

Friday, December 25, 2009

petunjuk......

hai,

dah lama tak up date kn blog ni.....kelmarin keputusan pmr kuar.... alhamdulillah aq dapat 7A 1B..... walaupun x dpt straight A aq tetap bersyukur dgn apa yg diberikan oleh Allah kpd hambanya ini... actually target nya dapat 6A jer sbb masa jwb paper 2 science rasa x yakin dpt A... Rasa seronok sngt sbb aq dpt saing dgn sepupu aq.... kitaorg dpt sama... dia dapat 7A aq pun dapat 7A... TAPI.... nnt masa SPM aq nk atasi dia...(WAH!! semangat nya)...

nk citer pasal mimpi sebelum keputusan kuar..... aq mimpi mcm nie......

masa 2 aq n my geng dtg sekolah nk ambik keputusan dh ambik slip kptsn 2 g surau... bukak kat surau n tengok result nya... aq tengok kat slip aq tu aq dpt 7A 1B... lps tu aq nangis sbb tak caya.. bila tengok balik... aq nmpk science aq yg ada tercetak A bertukar jadi B.... kelakarkan... mimpi 2 mungkin petunjuk yg Allah bagi tapi samar-samar jer......

dgn berakhirnya tahun 2009... maka azam baru akan tercipta jugak..... Azam baru aku tahun depan aku nk cuba sedaya upaya nk jadi orang yg soleh dan sentiasa taat pada perintah Allah...
lepas tu mungkin nk kurang kn mkn ckit...coz nk kurus... lps 2 nk jadi seorang pelajar yg berjimat cermat.... dan yg last sekali nk jadi pelajar yang berwawasan tinggi....

Buat teman2 walaupun skrang kita duduk berjauhan tetapi kita sentiasa dekat di hati.....
n yg plng penting tingkatkn amalan kuat kan keimanan.....

bye..bye...

Sunday, December 13, 2009

Seorang wanita
Umpama sekuntum bunga ditaman
harum mewangi
Segar menyeri ke pelusuk dunia

Lembut wanita kerana tutur katanya
Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana setianya
Lemah wanita kerana air matanya
Dendam wanita kerana cemburunya
Sabar wanita kerana imannya
Ikhlas wanita kerana sifat lemahnya
Kasih wanita kerana belaiannya
Sayang wanita kerana cintanya

Tanpa wanita lelaki lemah
Kerana wanita lelaki kalah
Hati wanita umpama kaca
Bila terhempas berkecailah ia
lelaki menyifatkan wanita ini terlalu lemah
lemah sehingga sering kali mengalirkan air mata
tapi sedarkah kamu wahai kaum adam
Air matamu juakan mengalir satu hari nanti kerana....
Hanya kerana seorang wanita....
Hebatnya cinta seorang wanita
Sehingga mampu mengalirkan air mata seorang priya
Tak percaya???
Tapi, inilah hakikatnya
Oleh itu.
Hargailah dan jagalah hati......
Seorang wanita....


Nota ini aku tulis bukan untuk menyatakan luahan hati aku dan x de kena mengena dgn org yg hidup atu pun yg dah meninggal...
just for fun...

Tuesday, November 17, 2009

luahan hati majlis kenangan budi krk

assalamualaikum...

semalam ada majlis KRK besar-besaran... majlis kenangan budi..
Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan apa yang dirancang... Actually, latihan persembahan kitaorang tu.. kitaorang buat dalam masa 3/4 hari.. x silap lah.. mula-mula tu memang dah give up dah sebab x tahu nak buat apa dalam masa yg singkat tu... lepas buat latihan dgn ayahanda, cikgu ridhaudin dan yg lain baru semangat tu ada lah tp x delah dtg gedeba' mcm tu.. semangat tu dtg ckit2...

majlis tu adalah majlis yg de best from de best yg pernah saya buat... lepas majlis tu ada acara yg mengejutkan utk ayahanda dan mama mazidah itu semua rancangan umi is dan adik-beradik krk yg lain.... tapi umi is x tahu yg kitaorg juga buat kejutan utk umi is.. yelah umi is yg menjadi tulang belakang majlis tu.. sama lah dgn ayahanda wazir, mama mazidah, cikgu ridhaudin & cikgu amirul...

masa majlis tu jugak raisya nangis sebab takut tak jumpa lagi ngan aku.. maklum lah tak lama lagi aku nk pindah.. aku bukan tak nk pujuk raisya.. sebab aku tak boleh tipu diri sendiri yg aku pun takut dgn apa yg aku akan kehilangan.. mulut kita selalu berbicara tapi adakah semua tu sama dgn bicara hati.. x sama kan .. hati kata lain .. bicara mulut lain pulak kan.... biarlah aku menangis dalam hati je... aku cuma harap yg all my friends biar kan aku pergi dgn hati yg tenteram... sebenar nya hati aku pun takut..
buat farahana (narumi arakawa) kita baru nk rapat tiba2 je kena berpisah.. kita rapat pun sebab minat pada band yg sama kan.. sejujurnya kawan dgn ko (farahana) mmg best mmg kadang2 sikap ko agk menjengkelkan .. tp sikap tu lah yg buat hati aq seronok tengok ko...

balik semalam aku tidurdari pukul 8 sampai pukl 12 mlm... bangun solat isyak.. tidur balik..
disebabkn tidur yg plng lama ari ni aq tak bapa chat.. demam...

buat pembaca note ni tolong lah bagi cara macam mana nk kurang kan rasa resah, takut...
terima kasih...
assalamualaikum..

Tuesday, October 20, 2009

Rahsia bulan kelahiran











JANUARI


· Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI


· Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi



MAC





* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan



APRIL





* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu



MEI





* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros



JUN





* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap



JULAI





* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja



OGOS





* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan



SEPTEMBER





* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik



OKTOBER





* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat



NOVEMBER





* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah



DISEMBER





* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


CABARN HIDUP AKU!!!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Ari ni baru rasa rajin nak update kan blog ni.... selalunya malas sebab take time yang lama ari ni nk citer pasal apa yerk?????

Kita citer pasal perkara yang berlaku ari ni la...Lepas habis PMR ni of course tak belajar pergi sekolah pun sebab kena pulangkan buku teks..... Ari ni agak penat jugak lah sebab tolong cikgu cari papan tanda "TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN"... Aku cari tu ngan AIMAN dan HUDA hampir satu sekolah kena pusing....PENAT!!!! TAPI penat tu dibalas dengan upah yang cikgu kasi $1.00 sorang....(ALHAMDULILLAH).... Nama cikgu tu Teacher Taherah... Actually, aku ngan kwn2 yg lain x harapkan upah tu coz aq buat sume tu dengan hati yang ikhlas...

Lepas tu, kena tolong Madam Azian (Mak angkat aku)... buat hias papan tanda sebab besok ada RIMUP..... Masa buat tulah tangan aku sakit... Mana taknya kena cucuk jarum......Sakit sangat!!!! Lepas tu aku ngan AIMAN lari masuk kelas...... Masa kat kelas ni lah ada satu perkara yang agak terkilan sikit... Masa masuk kelas tu bayar duit PREP kat Umi Salimah... Lepas tu bincang pasal T-shirt kelas lah, jamuan, dan lain-lain lagilah... Part yang terkilan masa ustazah cakap yang budak 3 RK 2008 masih lagi kat hati ustazah dan kitaorg ni mcm tak de apa2.... Lagi satu masa ustazah cakap yang jamuan kita (3 RK 2009) akan berkongi dengan 5 RK... So, aku pikir ustazah lagi sayang kat diorang dari kita orang....

Maybe aku cemburu kot... yelah aku nikan seorg yang kuat jealous... Tu aku tak dapat nafikan.... sebab bagi aku tulah aku.... Lagi satu, aku ni kalau sayang seseorg tu dgn sepenuh hati sebab tu kot kuat jealous TAPI jealous aku ni bukan jealous yang boleh buat kepada permusuhan......

Tu jelah ok bye...

ASSALAMUALAIKUM!!!

Thursday, September 24, 2009

Raya pertama hingga keempat

Dengan nama allah yg maha pemurah lagi maha pengasih......




















AQILAH adik saya yg terlalu manja........ NI.... dia nangis sebab dia tak dapat apa yang dia nak......



opahku....................................

Yang ni namanya Sholin (sepupu)


ku susun sepuluh jari meminta ampun dan maaf...
Yang ni pulak adik....(syamil namanya)


ni org yg plng banyak buat dosa......
sampai nangis minta ampun........
ni adik saya hensem tak????


ni ayah..... masa ni kat umahTok Dak.................

ni mak ngan baju raya.....
Cantikkan????
Ni lah mak yg tahan nagn kerenah aku......
Budak nakal lah katakan.... (he...he....)










kakak.. Namanya Syahira..... sekarang dia belajar kat matrikulasi p.pinang......


abang... namanya Syahir.....
Dia ni selalu tolong aku bila aku ada masalah ngan komputer dia pasti tolong.....














menunggu kepulangan ank2 utk plang ke Bagan Serai perak













aqilah, ayah, aiman, dan saya......



mak, aqilah, ayah, aiman dan saya.......
ni kucing tok wan... namanya cemet....
malam raya main bunga api..... Nilah perangai adik bongsu saya......
raya kedua makan KFC...org beraya kat umah org diorg beraya kat KFC......

saya dapat jam baru.........
Seronok sangat.......













macho lah 2........















kononnya hensem lah 2........


mak yang....... tak tahu nak ulas apa...... ala baiknya...... abang ku yg soleh.... ni saya...(syazwani)............................ masa ni kat umah achik intan.......................
ni kucing kat umah achik intan.... kucing namanya....... Oops lupa pulak achik intan mana letak nama kat kucing ni.... (ha.....ha.....ha.....)
anjang & putih ni kucing dari klang tapi menetap kat perak kat umah opah aku utk dijadikan teman.................................................


sejujurnya lah raya ni tak berapa best sebab nak exam pmr...... kepada kawan-kawan selamat menyambut hari lebaran ni dgn penuh kesyukuran & kemenangan..... Dan..... Selamat belajar.....

Assalamualaikum...........

Monday, August 31, 2009

Alhamdulillah....

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.......

Ari ni 11 Ramadhan dah...... Alhamdullilah setakat ni penuh lagi puasanya......... Disebabkan cuaca yang terlalu sejuk membuat perut saya sentiasa memanggil minta makanan...... Alhamdullilah kekuatan iman dapat mengatasi segala-galanya....... Pagi ni lepas bangun sahur tak sempat nak tidur.....( hu...hu.... kesian) tapi pengorbanan tak tidur tu yang membuat saya buat pahala ( tolong mak basuh pinggan mangkuk) Lepas tu pergi mandi harus utk segarkan badan.....

Lepas dah bersihkan badan tu, pergilah menunaikan kewajipan sebagai muslimin @ hamba Allah...... Tengok jam ada masa lagi...... Saya pun pergilah tekan suis untuk membunyikan radio sambil baca buku agama..... Jangan salah faham dengar radio pun siaran IKIM.FM..... yelah kata ummi Salimah mulakan pagi mu dengan mengajar ilmu, belajar ilmu atau pendengar ilmu atau orang yang cintakan ilmu......

Pukul 6.55 berangkat gi sekolah ngan basikal favourite saya tu.... Basikal tu lah yang banyak berkorban.... Masa belajar BI hujan pun turun.... Ya Allah, masa tu suhu memang sejuk sampai ke tulang.... Masa tu jugak perut saya sakit....( LAPAR)... Lepas masa BI, masa BM ngan Cikgu Zaurah.... Hari ni BM dapat tahu tentang kepercayaan & adat orang India.... Info untuk buat karangan supaya tak blurrr @ blank...... Lagi satu masa BM jugak dapat buli Aiman... Tapi tak boleh nak cakap saya ni jahat coz Aiman pun sempat usik saya......(Itulah nama kemanisan persahabatan).......

REHAT.... saya rehat ke???? Mana ada rehat bulan pose lah.... MasaSJ sume nya berjalan dengan lancar.... Emmmm.... masa Sn tulah....... tak tumpu sngt perhatian... Tak tahulah mungkin tak minat kot dengan cikgu tu.... Eeee... Wani tak baiklah burukkan cikgu..... Tak berkat ilmu yang kita belajar tu nanti....... Masa agama pun Alhamdulillah sumenya okey.... tak de cacat celanya.....

Balik rumah taip blog ni... dah lama tak updatekan( agak lama jugalah)........ Bawah ni jadual lepas tulis blog.......

  • 5.00 buat tolong mak lipat kain.... Yelah ari ni ulangtahun mak saya... Apa pun selamat ulang tahun.....
  • 5.30 macam biasa solat asar......
  • 5.40 ambik adik dari sekolah kebangsaan
  • 6.00 riadah @ tolong mak prepare untuk berbuka puasa...
  • 7.00 - 8.00 Berbuka puasa & solat maghrib & mengaji Al-Quran
  • 8.30 - 10.00 solat terawih
  • 10.00 ulangkaji pelajaran
  • 1.00 pagi buat solat hajat
  • 1.10 pagi tidur
Itulah jadual yang akan saya patuhi ari ni....

Sebagai penutup bicara.... saya ucapkan salam nuzul al-quran tak lama lagi...

Assalamualaikum!!!

Saturday, August 22, 2009

RAGAM POSE PERTAMA...............

Ari ni kol 4.45 pagi baru sahur... makan nasi dgn lauk ikan bilis ngan telur( sedapnya!!!!!) Part yg plg best bila kejut adik2 bngn sahur..... Syamil 2 lah yg susah ckit nk bngn.... terpaksa kjt beberapa kali( mcm kakak nya lah) Lps mkn tu gi gsk gigi kali ke-2..... lps 2 msk bilik baca risalah tentang ramadhan........ Entah macam mana blh terkrooh........ krooh........ krooh........... Bila sedar je dah kol 6.30 kelam kabut capai tuala nk mandi dgn mamai 2 pun gi tuju bilik air..................

Lps 2, solat subuh................. masa ambik wuduk 2 air nya mengalahkn ais kat kutub utara..... sejuk............ Lps dah tunaikn kewajipan 2 ambik buku GEO baca & wat latihan coz nk percubaan (Eeeee..... takutnya....) baca GEO dgn terlalu khusyuk smpai terbuai mimpi..... Tengah mimpi 2 tiba-tiba bunyi org ketuk pintu. Rupa-rupanya mak yang ketuk pintu srh tolong basuh pinggan mangkuk...... So, buat je lah........

Tengok tv citer hindustan..... boleh lah tahan......... Saya tengok tv 2 pun smbil buat keje sekolah yg Pn. Zaurah bagi.....(tapi x siap pun) Soalan nya susah nk cari isi.... lg satu x paham pun apa kehendak soalan....(Isyk....isyk.... teruk ank murid sape lah ni) Kol 6.00 tolong mak kat dapur prepare mknn utk berbuka puasa......... Masa tolong 2 tengok JEJAK RASUL kat tv 3........ Best...... Tpkn sedih sbb raya ni mngkin takbir raya x dpt didendangkn oleh ustaz Asri....Suaranya penuh dgn keunikn x de sapa yg blh tandingi suara beliau..... Walaupun adekda nya sendiri........

TAPI!!!!!!! yg peliknya kenapa kat kelas saya 2 x de sapa pun nk agungkan kematian beliau macam mana diorg mengagungkn michael jackson 2... Itulh dunia org yg bnyk menegakkkan syiar islam asyik dilupai je....... Dibulan yg mulia ni marilah kita m'insafi diri kita dgn m'lakukan ibadah wajib & m'ningkatkn ibadah sunat................

Masa bukak pose lah yg plng best sngt...... Ya Allah mkn mcm org tak mkn setahun.... gapai ni, gapai 2 sume nk gapai..... Yg plng teruk adik aku yg bongsu 2 lah.... sume dia nk last2 sume x habis nk mkn, dh membazir..... Ari ni solat terawih kat umah je......

Alhamdulillah.....cuaca ari ni sebaik tak panas sngt kalau pns mau mati kekeringan kat umah 2............. Walaupun x berapa panas cuaca ari ni tp penatlh gak mnhn haus.......pose kali ni kan rasa seronok sngt tak tahu kenapa.... mungkin nk mati kot.....( isyk!!!! celupar pulak mulut ni)

Kepada sape2 yg tak dpt pose ari ni rugilah....... sbb x dpt rasa nikmat pose pada 1 Ramadhan ni.... Kalau kata org tua x pose x dpt duit raya...( ha... ha... ha....).... Buat kawan yg mengenali diri ni Selamat berpuasa............ Maafkn saya kalau saya ada wat silap kat korg..... tolong lah maafkn saya nnti pose saya meaningless... kesian lah kat saya........

Buat Aiman shbt ku yg terlalu manja (adekda in my geng) raya ni pakai baju raya baru ke lamanya??????? He...he.... Wani nya baju ada baru nya.... Org kata fresh lagi tp cuma kasut raya je blm beli..... Ha...ha...ha...

Semoga di bulan yg mulia ni kita (cemua kls 3RK) dpat rahmat & rahman dari- Nya... Insyaallah........Ooops jgn lupa doakn Pn Amiah yg sdng mengerjakn umrah supaya selamat pergi & selamat pulang..... AMIN....

Okey... smpei sini jelah

ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

HARI NI ARI YANG PALING............

Pagi ni macam biasa pukul 7 pagi dari rumah pergi sekolah naik basikal capuk tu la............. pagi tu pun macam biasa cuma ada satu je lain dengar ceramah " DI AMBANG RAMADHAN". Ceramah tu best......... Ustaz nya menyanyi & mengaji sedap sangat suranya ( pujian ni ikhlas bukan nya kutuk tau)........ Tapi yang peliknya ustaz tu ambil pengajian sains perhutanan tapi boleh jadi penceramah hebatkan....... Tak silap ustaz tu ada hubungan saudara mara dengan Ustazah Salimah ( Umi yg membimbing 3 rk) Lepas dengar ceramah tu, naik kelas belajar sejarah....... masa sejarah buat latihan dalam buku........ aku malu sebab aku tak buat apa-apa pun latihan model satu & dua......... Yelah bukunya tak cukup utk cemua murid kelas 3 rk........ TAPI! model 4 memang aku tolong Syafareena buat model 2............ Lepas masa sejarah, pergi rehat kat kantin yg warna-warni tu ( he....he...he...) TAPI! sebelum tu mcm biasa lah gi tandas temankan Raisya (minah tandas ).... Lepas tu masa nak menuju ke kantin...........

ALAMAK!!!!!!!!!!!!!! my wallet tertinggal kat atas katil.......... Gara-gara tidur awal nya pasal........... Pastu ckp lah kat diorang "wei korang gi la kantin aku taknak" ( nak tutup malu tak bawak duit belanja) Sebaik kawan aku tu semua open minded lagi-lagi Si Aiza tu........ Aku beruntung sebab dia tengah kaya masa tu (ha...ha...ha....)......... aku pun fikirlah masa nilah nak jadi pisau cukur..........Ha.....ha...ha..... ( tapi tak buat pun) Lepas rehat msk kelas coz lepas 2 Mama Rosz yg msk.......... Dapat kertas MT..... pe sdh giler aku markah nya mendukacitakan aku....... Mama Rosz dtg kat meja aku....... Mama Rosz bagi nasihat.......ntah kenapa hati rasa sebak pulak........ Tapi tak nangis lepas Mama Rosz keluar baru nangis.......tapi tak sangkalah Raisya pun nangis.......... Sekuat-kuat dia tu pun ada kelemahankan........

Masa agama berjln mcm biasa.....Everything is okay....... Lepas habis sklh ada kls tmbhn BI........ sebaik tak boring sngt....... Lepas habis kelas BI 2 Kena teman Ayuni ajar Aiman AG ajar....... penat 2 mmng penat tp nk tengok kwn berjaya punya psl t'pksalah b'krbn....... Yelah x best la klau kita dpt 8A (INSYAALLAH) Aiman x dpt 8A........ Tapi aku hrp cemua Geng aku dpt 8A....(AMIN............) Kol 3.30 aku gi m'negakkn tiang Ag... Kol 4.00 baru blk....

Kat rumah lps mkn nasi b'sama lauk aym rendang (peh... sdp giler......) yg mak msk trs tidur....(Kepntan....) kol 10.00 siapkan KH psl akaun & psl GEO cekap grafik......... Kol 1.00 pagi baru tidur (krooh...krooh....krooh....)

hrp esk dpt meniti ari yg indah......... dpt jumpa itik (he....he....he....).... Esk nk kerjakn Raisya coz kitaorg lwn teka sama ada pose bila.....& dia kalah.....( bapa mentua aku dh umumkn kat tv pose ari jumaat)..... Smpi sini jelah coretan kali ini.........

Assalamualaikum!!!!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN AIMAN!!!!!

SELAMAT ULANG TAHUN AIMAN (ADIKKU YANG TERCINTA)


Firstly nak minta maaf sebab lambat masuk blog ni. Walaupun lambat masuk blog KaK YanG masuk jugak dalam blog... Maaf tak de gambar kek..... Tak sempat nak ambik gambar(dah kena mkn oleh buaya yang kelaparan) Apapun kak yang nak ucapkan selamat ulang tahun pada 16 ogos ari tu. Kak yang tak de masa nak taip ari ni je kak yang berpeluang nak taip. Semoga hidup adinda selalu dirahmati dan dilimpahkan dengan rezeki yang halal. Kak yang sentiasa mendoakan aiman.

Masa tu Kak yang ada bagi hadiahkan...... Walaupun tak seberapa hadiahnya yang penting hadiah tu kak yang bagi dengan hati yang ikhlas. Umur Aiman tu makin lama makin dah tua solat jangan lupa nanti kak yang cubit baru tau. Baca al-quran juga jangan lupa tu lah satu-satunya wasiat yang ayah bagi kat kita. So, jangan lupa. Wasiat ayah tulah yang akan bawa kita selamat dunia dan akhirat. Kak yang tau adik kakyang semuanya pandai2. Janji Aiman kat ayah jangan lupa. BUKTIKAN yang aiman boleh buat. Kak yang just support dari belakang je.

Kak yang maafkan segala dosa Aiman termasuk coklat kak yang ko curi tu. Itu pun kak Yang halalkan.. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh... besar juga adik kak yang ni...... Aiman cuba pegang prinsip kak yang ni..... PENTINGKAN APA YANG PENTING KERANA YANG PENTING TU LEBIH PENTING DARI APA YANG PENTING Insyaallah aiman akan berjaya..........

Ahhhh............ Penatlah........... Lupa pulak kak yang nak ucapkan terima kasih sebab sudi dengar kak yang nya masalahhhhhhhhhhh..

ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!!!

Thursday, August 13, 2009

NOKTAH SEBUAH PERSAHABATAN????????

Entahlah? Kenapa hati ni tergerak nak tulis pasal persahabatan. Mungkin hati ni sakit kotdisebabkan seorang kawan........ Sebelum nak ulas lebih lanjut lagi aku nak minta maaf jika diri ini ada melakukan kesalahan, menyakitkan hati, menyinggung perasaan & lain-lain lagilah. Yelah, kita ni manusia biasa yang takkan lari daripada melakukan kesalahan & takkan sunyi melakukan dosa. Cepatlah bertaubat sebelum terlambat..... Jika menyakitkan hati orang cepatlah minta maaf sebelum hari kebangkitan datang & pintu taubat tutup rapat-rapat.

Sebenarnya, aku nak minta maaf banyak-banyak kat geng aku, Raisya, Ayuni, Aiza, Farahana, dan Aiman. Aku tahu diriku ini bukan sempurna dan takkan menjadi sempurna pun. Aku nak minta maaf sebelum semuanya terlambat. Sebelum aku pergi buat selama-lamanya. Aku juga nak minta maaf kat rakan-rakan aku yang lain, Huda, Syafareena, Syarifah dan lain-lain lagi. Maaf kalau ada nama yang tak disebut. Minta maaf banyak-banyak selama tiga tahun kita belajar sama-sama, mesti ada tingkah laku yang menyinggung perasaan korang semua. Aku sedar aku tak layak kawan dengan mereka semua, Aku tak sehebat diorang. Diorang terlalu baik dan sempurna buat aku. Terima kasih kerana bagi aku merasa dan memahami sebuah persahabatan...................

MUNGKIN..................................
Perpisahan yang berlaku akan melegakan hati korang.....
MUNGKIN..................................
Korang terseksa mental Dan fizikal kerana kawan ngan aku.....
MUNGKIN..................................
Sebuah ikatan persahabatan yang kita jalinkan akan putus buat selama-lamanya.....
MUNGKIN..................................
Perpisahan ini yang korang tunggu selama tiga tahun.....
MUNGKIN...................................
Aku bukan kawan yang korang idamkan, impikan dan harapkan oleh korang....

Sahabat,

Anggaplah aku tak pernah muncul dalam dunia realiti korang atau fantasi................
Anggaplah aku tak pernah wujud dalam hidup korang....................
Anggaplah aku tak pernah korang kenali.....................

SELAMAT TINGGAL............... SAHABATKU YANG KU SAYANGI
SELAMAT TINGGAL.....................

Tolong jangan sakiti hati aku lagi........
Aku tak sanggup..............

Maaf kalau coretan aku ni ada menyakiti hati semua pembaca.......................

Thursday, August 6, 2009

ALAHAI KAWAN-KAWAN KU....................

Kata mak
KAWAN tu ibarat lebah
habis madu sepah dibuang

Kaat ayah
KAWAN tu umpama bunga ros
dipandang cantik di pegang sakit

Kata Tok Wan
KAWAN tu seperti air
yg terus mengalir

Kata Opah
KAWAN tu ibarat bulan
dipuja dan disanjung nun jauh di sana

Kata sedara
KAWAN tu mcm makanan
kawan makan kawan!!!!!!!!!!

Kata abang
KAWAN tu mcm lembu
mengikut saja apa yg dikata

Kata kakak
kawan tu tak ubah mcm durian
bau je busuk tp sdp dimkn

Kata adik
KAWAN tu mcm biskut
sekejap ada sekejap tak de

Kata aku
kalo korank kwn aku korank nk srh aku dngr kata sape?????

Bagi aku KAWAN tu ibarat bulan, walaupun jauh dansusah utk digapai atau disentuh tetapi bulan juga yang menerangi kita dlm kegelapan...

renung2 kan & selamat memikirkan

ARI NI, ADA APA YERK??????

ari ni tak de apa nak citer coz tak cerita yg menfruskan aku semuanya happy je.... Eh...Eh... tak semua ada lah yg agk merimaskan aku sapa lagi kwn aku ygseorg over caring 2... dia merajuk ngan aku kot....

CERITANYA mcm ni.................................................
aku tengah cari maklumt psl GEO 2 lps 2 dia tengok je aku wat keje 2...... Kalo korank kena mcm 2 msti rimas kan. Then, aku angkat lah buku GEO tu..... lps 2 dia ckp ala aku merimaskan ko and dia angkat meja dan ddk kat tempat yg ujung kat barisan aku.... aku nk hlang dia nnti mengada-ngadalah dia 2.... dia 2 kdg2 agk merimaskan & menyampah tau tapi dia 2 seorg kwn yg baik dan aku suka masa dia ambil berat tentang aku masa sambut hari jadi Umi Salimah & Mama Ros. Dia juga kdg2 tu baik hati tapisuka menunjuk 'n' mengungkit. Ari ni ari yg plng srnk wat aku... tak nak lah citer kat sin kalau nk tahu tanya empunya bdn... malu lah nak citer kat sini.....

ah tak de apa2 nk taip lg dh pnt... sbb nk kumpulkn tenaga nak marah kat Aiman bsk.... HA....HA....HA... SIAP KO BESOK MAN TUNGGU AKU NK MARAH KO BSK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

jadikan hari ni satu peringtan dan jadikan hari esk dgn satu tekat & semangat.....
pentingkan apa yg penting coz yg penting 2 lbh penting dari apa yg penting.......
setiap kemanisan yang kita terima mesti merasai kapahitan dulu.........

itu kata hikmah dari aku. so, kalau korank rasa 2 berguna utk korank just ambil je tapi yg ada perkataan penting 2 jgn ambik. 2 aku punya....

Assalamualaikum!!! Insyaallah jumpa lagi.................

Monday, August 3, 2009

WHAT'S WRONG WITH ME TODAY?????

ari ni tak tahu kenapa ngan aku... citernya mcm ni masa agama la.. dekat carta organisasi tukan ada gambar aku. lepastu ada simpulan ni cakap kat aku "wei! wani cabut la gambar kot tu!" lepas 2 aku dgn hati yang sensitive 2 pun gi la cabut. aku pikir sblm diorang ckp mcm 2 mesti hamba allah 2 ada ngumpat yg aku ni dulu. betul tak? lagi2 budak becok lelaki kelas 3RK 2. ala dia 2 cakap orang je gambar dia tu mcm ensem sngt. padahal buruk mkyeh.aku rasa org gila 2 pun lagi ensem tau tak. lama la juga aku tak berapa nak ckp ngan simpulan tu.. lps 2 aku tahu yg makhluk tuhan ni ada la kata pasal aku kat simpulan tu... lepas 2 aku motivated diri aku aku ckp kat diri aku yg aku tak boleh mrh kat simpulan 2 sbb dia dah banyak tolong aku erti memujuk, persahabatan dan lai2 lagilah. sebenarnya banyak tak boleh nak taip jasa dia kat aku...lagi pun simpulan 2 lah yg sentiasa ada bila i need her help. kadang 2 aku jealous gak sbb skrang dia sentiasa rapat ngan seseorg ni. yelah dulu apa2 hal dia akan cari aku dulu atau aiman atau ayuni skrang dia akan cari seseorang itu dulu.. apa nak wat org semua blh berubah yg baik ke buruk dan yg buruk ke baik. yelah ari ni simpulan ni agk terlalu rapat dgn seseorg tu . adakh perasaan 2 terlalu kejam utk kwn2 aku atau aku ni terlalu control diorg smpi diorg tak blh nak bagi diorg kwn ngan sape...ckp psl control korang rasa aku ni control aiman coz aku bkn mrah atau tak suka dia 2 ddk sblh huda mngkn cara percakapan aku mcm mrh kot... yang penting aku kena betulkan yang biasa dan biasakan yang betul...... cerita aku takkan abis mc tu jetau coz hari esk masih menunggu aku utk aku hadapi..... aku pun x brapa lah suka shbt aku ni sbb dia jenis yg tak memhami sesuatu ekspresi muka aku atau kata yg berkias-kias... apa buruk psl diorg, diorg 2 ttp shbt aku yg sntiasa akn bantu aku sntiasa. tapikan diorg tak boleh lwn ALLAH coz ALLAH sntiasa berada disisi aku sama ada aku gembira. ALLAH juga yg akn mengetahui dulu masalah aku dari ibu bapa aku atau rakan-rakan aku... DIA juga setia mndngr luahan aku dan aku sntiasa minta pertolongan DIA. aku tahu yg DIA 2 MAHA BERKUSA LAGI MAHA MENGETAHUI....

Thursday, July 30, 2009

PADAN MUKA & ISK... KENAPA?

Ari ni dah habis exam b'fokus set 1... kh tu boleh lah dikategorikan senang.. ari tu jugak aku dah dapat kertas GEO em.... em.. teruk-teruk.. tapi nak wat camana padan muka aku lah sapa suruh tak baca buku... Aku tak kisah dapat markah tu tapi............... mak aku mungkin kisah.....tapi kisah ni rasanya tak sesedih cerita kawan kita ni.... Nama dia...... tak nak bagitahu lah kita panggil dia simpulan... Ceritanya macam ni semalam 30 julai 2009 dia tak datang sekolah. Lepastu hamba Allah ni bagi tau kitaorang yang ari ni simpulan tu gi hospital dia buat medical check-up coz kepala dia berdarah tapi tak henti2 darah tu mengalir. Lepastu ari ni dai datang sekolah dan aku terdengar makhluk Allah tu cakap yang Simpulan tu dalam darah dia ada ketumbuhan.. aku tak tahu cerita tu benar ke tak? Apa pun keadaannya aku akn doa supaya dia sentiasa sihat walaupun dia tu pernah sakit kan hatiku tapi aku anggap murid kelas 3 RK tu macam family. Yelah kalau sorang buat salah semua akan kena marah. Ala mcam kata pepatah tu.... apa yerk........ Hah... Cubit peha kiri peha kanan terasa sakitnya..... Kitaorang dah belajar bersama-sama selama lebih kurang 3 tahun. Banyak kenangan yang aku dapat dari diorang semua... macam mana lah aku pindah nanti...em... maksud aku dengan aku... boleh kah aku belajar erti sebuah persahabatan dengan diorang... Especially geng aku.... RAISYA, AIMAN, AYUNI, AINA, AIZA, & FARAHANA.... aKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KAT DIORANG... sEMOGA aLLAH sENTIASA mEMBERKATI hIDUP kITA dENGAN rAHMATNYA & sENTIASA dILINDUNGI dARIPADA gOODAAN sYAITAN YANG dIREJAM....




Friday, July 24, 2009


kucing ni kecik lagikan....... yelah dari kecik ibu kita didik kita tanpa ada rasa jemu dan bosan....pernah kita terfikir dari meniarap, ibu kita tak pernah jemu ajar kita supaya agar cepat berjalan. Agar satu hari nanti kita akan membantu dia berjalan. Dalam al-quran ada mengtakan bahawa syurga seorang ank terletak dibawah tapak kaki ibukan. Cuba kita fikir dalam satu hari tu pernah tak kita mendurhakai ibu kita? Mesti pernah. macam aku pagi tadi. CERITANYA...........................
Ari ni masuk ari ketujuh kakak aku ada kat rumah. Yelah baru pulang dari PENANG MATRIX KOLEJ.....perasaan marah aku tercetus dari tempat tidur.......Aku tak nak cerita lah nanti kata mengaibkan orang.....Walau macammana perangai kakak aku. Dia tetap kakak yang aku sayangi... Nanti bila dia balik aku rindukan kakak aku..Berbalik pada cerita yang asal. Benda ni kena citer dulu sebab ada kaitan. Yelah dah marah2 tu tiba2 terlepas dekat mak aku.....Aku tak tengking mak aku... cuma dalam hati je.... Walaupun dalam hati tapi perasaan serba salah tu muncul gak...PELERAIAN CERITA NI....sebelum pergi sekolah aku mintak maap kan mak aku.
Then, mak aku pun maap kan aku. Mak aku kata kemarahan tu perlu diatasi kerana marah tu adalah sikap syaitan.. Aku tak nak jadi syaitan.. Aku nak jadi manusia kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk Allah.
lupa pulak nak bagi mukadimahnya.........
ASSALAMUALIKUM!!!
CABARAN KEHIDUPAN...................................
Tak kisah lah sama ada perjalanan kehidupan kita teruk atau pun indah. Kehidupan yang kita jalani tak seindah yang kita sangka. Kehidupan without problem adalah seburuk-buruk kehidupan kerana masalah yang kita hadapi akan mematangkan kita untuk maju... apabila masalah datang kepada kita, janganlah kita takut, terus selesaikan. masalah juga takkan jemu mencari kita. lepas selesai satu masalah, masalah lain yang akan timbul. Oleh sebab itu, kita pelu menghadapi satu masalah itu dengan cekal, tabah dan tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah itu. masalah yang datang pun disebabkan kita yang mencetuskan sendiri. SO, pandai buat masalah, pandailah selesikan.
That's all from me. Insyaallah, jika tidak ada rintangan aku akan update aku nya blog ni. ASSALAMUALAIKUM.